Hari Demo ‘Cyberview Living Lab Accelerator’

CYBERJAYA – Cyberview Sdn.Bhd telah menganjurkan program ‘Cyberview Living Lab Accelerator Demo Day+’ yang telah berlangsung di CoInnov8, Cyberjaya pada 2 Oktober di mana ‘startups’atau permulaan diberi akses terhadap pelbagai sumber untuk mereka inovasi dan komersialkan produk mereka kepada pelabur yang berpotensi.

Hari demo ini menyediakan beberapa acara kepada pemula antaranya sesi ‘Pitch Off’ yang disertai seramai 12 pemula dan persembahan demo Cyberview Living Lab Accelerator oleh lima pemula.

Program ini mengumpulkan pemula atau ‘startups’ yang hebat dari Cyberjaya dan juga kumpulan terbaru  Cyberview Living Lab Accelerator yang menyediakan penyelesaian kepada pelabur, atau membina kerjasama dengan ekosistem Bandar Pintar.

Salah seorang usahwan semasa sesi ‘pitching’ Hari Demo, Cyberview

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Mohd Najib Ibrahim berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Mei tahun ini menandakan komitmen dan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Cyberjaya untuk mendorong inovasi dan memacu pertumbuhan sosio-ekonomi.

“Kami menyedari bahawa pemula memainkan peranan dalam memperkayakan dan menguatkan ekosistem inovasi di sini. Itulah sebabnya kami sentiasa meninjau idea-idea cemerlang untuk memberi mereka pelancaran ke fasa seterusnya pengkomersialan mereka.

Najib (kiri) dan Mahadzir (kanan) bersama sama usahawan yang menyertai program

“Dengan Cyberview, para pemula boleh menguji dan mengubah idea mereka dalam suasana bandar sebenar, dan sementara penyelesaian ini akan memperkaya ekosistem bandar pintar kami, harapan kami bahawa penyelesaian ini akhirnya akan digunakan di negara lain supaya negara secara keseluruhan dapat memperoleh manfaat daripada inovasi ini,” katanya.

Cyberview Living Lab Accelerator menawarkan kohort dengan nilai program RM50,000 yang terdiri daripada sumber, kemudahan, bimbingan, peluang rangkaian dan akses pasaran dan bantuan lain.

Selain memperoleh bimbingan dan pendedahan yang diperlukan daripada bekerja di CoInnov8, pemula yang disenarai pendek juga akan dipermudahkan oleh Majlis Inovasi Bandaraya (CIC), sebuah badan yang diketuai oleh Cyberview dan terdiri daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Setia Haruman, dan Majlis Perbandaran Sepang.

 

NUR LIYANA GHANI 

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans